I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 11 May 2011

Salam 1 Malaysia

Salam 1 Malaysia


Wajarkah 70 jenis makanan termasuk nasi lemak dan teh tarik dihadkan kekerapan jualannya kepada hanya dua kali seminggu di kantin sekolah, bagi menangani masalah obesiti dan diabetes dalam kalangan pelajar sekolah?

Aku berpendapat tabiat pemakanan yang sihat bermula dari rumah. Dan, apa yang anda suapkan ke mulut itulah gambaran diri anda! ‘Kita adalah apa yang kita makan’ satu klausa yang aku kutip daripada pamplet Abbort Laboratories, pengeluar ubat-ubatan dan pemakanan nutrisi yang terkemuka menjadi pedomanku. Sudah menjadi tabiat semula jadi kanak-kanak malahan remaja tidak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sebenarnya mengandungi serat berbanding ayam goreng, nugget, burger, sosej, atau nasi lemak.
            “Kalau ibu bapa tidak mengambil berat tentang pemakanan anak-anak, mereka yang kecil lagilah tidak tahu apa-apa. Maka lahirlah generasi yang tidak tahu tentang ‘good nutritions’ serta kesihatan diri”, aku cuba lontarkan idea semasa kami makan di kantin sekolah.
            “Falsafah, falsafah!” sindir Raju, si Giant, sambil membalun paha ayam goreng. “But, by the way…sindiran kau tu tak terasa pedasnya pun!” Raju menambah tanpa menoleh ke arahku. Terasa juga si Giant ni rupa-rupanya.
            “Kalau kantin sekolah tak jual pun, aku boleh makan kat luar sana!” sampuk Fatiha sambil menghirup teh tarik. “Kau ni Izyan, skima sangatlah!  Tengok aku ni, segala benda aku balun, tak gemuk-gemuk jugak! Takkanlah dengan mengehadkan penjualan beberapa item murid-murid akan jadi slim dan unggul BMI mereka!, Dah aku ni spesis tak gemuk, makan banyakpun macam tu juga!” tambah Fatiha.
            “Aku pulak, dah ayah akupun gemuk sememanglah aku pun begini! Eeer.. BMI tu apa?...BM aku tahulah!” kata Raju. Entahlah….mungkin kes Raju ni dah secara genetik. Faktor bakalah katakan!
            “Sebenarnya aku bersetuju dengan garis panduan penjualan makanan di kantin yang baharu diperkenalkan tu. Be positiflah…masalah obesiti dan diabetes memang semakin meruncing sekarang ni. Di mana lagi nak dimulakan kalau bukan di sekolah?” ujar Mei Ling, best student kami.
            “Aku sebenarnya dah lama tak minum minuman bergas kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Apatah lagi junck food. So, sangat eloklah kiranya kantin sekolah tidak menjualnya kepada pelajar-pelajar” tambahku mengakhiri perbincangan tak formal itu.
            ‘Pro and cont’ tentang pengawalan penjualan pemakanan tertentu nampaknya tidak berakhir di situ, malah terus menjadi perbualan hangat di kalangan para pelajar.
            ‘To be fair and square’, saya menjemput rakan taulan yang mengunjungi Blog ini untuk sama-sama memberi maklum balas dan pendapat tentang wajarkah 70 jenis makanan termasuk nasi lemak dan teh tarik dihadkan kekerapan jualannya kepada hanya dua kali seminggu di kantin sekolah, bagi menangani masalah obesiti dan diabetes dalam kalangan pelajar sekolah? Sejauh manakah dasar baharu ini mampu membuahkan hasil seperti yang diharapkan, atau sekadar  jalan pintas dengan menyalahkan pihak ketiga ketika ibu bapa gagal mengawal obesiti dalam kalangan anak-anak mereka. Selamat mengundi. Undi anda adalah rahsia!
 
UNDI DI SANA


DID YOU KNOW?


BMI ialah singkatan bagi ‘Body Mass Index’ . Instrumen untuk mengukur berat badan yang unggul. Cara mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) kanak-kanak berusia 2 tahun hingga remaja 20 tahun seperti mana yang berikut:

     1. Ambil timbangan dalam kilogram.
     2. Ukur tinggi dalam meter.

     3. Kirakan BMI menggunakan formula:

                     BMI =             Berat
                                     Tinggi X Tinggi

     4. Plotkan bacaan pada Graf BMI Percentiles mengikut jantina dan usia anak.
     5. Analisis keputusan.


     Kurang Berat
     BMI kurang daripada 5 Percentile

     Normal
     BMI 5 hingga 85 Percentile

     Lebih Berat (Over Weight)
     BMI antara 85 hingga 95 Percentile

     Obes
     BMI melebihi 95 Percentile


Rujukan: Berita Harian 10 Mei 2011 dan theSun 9 Mei 2011